Dua Telefon Baru vivo Akan Tiba Untuk Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pada tahun lalu, vivo telah melancarkan sejumlah peranti di bawah siri-V termasuk vivo V20, V20 Pro dan V20 SE. Seperti yang diketahui, peranti dalam siri ini memfokuskan kepada "mobilegraphy".

Terbaru, vivo Malaysia kini mula mengacah kehadiran penerus kepada siri V20 iaitu V21 untuk pasaran tempatan. Peranti dalam siri ini bakal ditawarkan dengan dua model iaitu V21 dan V21e.

V21 V21e

Dari segi rekaan, ia dilengkapi paparan bertakuk yang menempatkan kamera swafoto tunggal dengan sensor 44MP. Sama seperti pendahulunya, ia dimuatkan tiga lensa di bahagian belakang dengan 64MP utama. Turut melengkapkan peranti ini adalah sokongan rangkaian 5G.



Untuk lain-lain spesifikasi, belum lagi diketahui apakah penawaran yang akan ditampilkan pada siri V21.

Juga, vivo belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran siri V21 buat masa ini. Bagaimanapun, ia dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sumber: vivo Malaysia