Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi TV 4K

Dua Smart TV 4K Xiaomi Bakal Tiba Di Malaysia Bulan Ini

Diterbitkan Mei 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi baru sahaja mengumumkan kehadiran produk baharu pada bulan ini bagi memperbanyakkan ekosistemnya. Tumpuan utama semasa acara yang akan berlangsung pada 20 Mei ini adalah smart TV 4K – Mi TV Q1 75″ dan Mi TV P1 55″.

Mi TV Q1 adalah sebuah TV berukuran 75 inci yang dilengkapi panel QLED beresolusi 4K, sokongan kadar penyegaran 120Hz serta HDR+. Turut terbina satu set pembesar suara stereo 30W dengan sokongan Dolby Audio dan DTS-HD.

Dua Smart TV 4K Xiaomi Bakal Tiba Di Malaysia Bulan Ini

Ia menjalankan sistem operasi Android TV 10 dengan aplikasi pra-pasang seperti Netflix, Amazon Prime Video dan YouTube. Selain itu, mikrofon juga hadir bagi fungsi kawalan suara mengunakan Google Assistant.

Untuk Mi TV P1 pula, ia adalah barisan terbaharu daripada Xiaomi. Didatangkan saiz 55 inci dengan rekaan tanpa bingkai. Paparannya menyokong Dolby Vision dan HDR10+, warna DCI-P3 akan tetapi kadar penyegaran 60Hz.

Oleh itu, jika anda berminat untuk menyaksikan pelancaran ini, ia boleh ditonton menerusi Facebook rasmi Xiaomi Malaysia pada 20 Mei, jam 8 malam.

Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi, Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY