Dua Sebab Untuk Ber'Tango': Augmented Realiti Menjadi Lebih Seronok Di Google I/O

Terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan bersama AR pada hari ini apatah lagi yang menyeronokkan dan menjadi keutamaan Google untuk mendedahkan mereka semua.

Percambahan augmented realiti sedang mula mendapat rentak tetapi dengan cara Google mempromosikan teknologi itu membayangkan teknologi itu sudah lama berada di samping kita dan perlu kita harapkan.

Malangnya ia masih belum lagi diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan seharian kita namun Google tidak segan untuk menunjukkan potensinya jika ia digunakan dalam kehidupan seharian kita.

Tango Constructor

Agen hartanah, kontraktor atau sesiapa yang terlibat dengan bidang rekaan banggunan pasti menghargai apa yang aplikasi ini boleh tawarkan.

Ia merupakan alat ekperimentasi pembangunan diwujudkan untuk peranti Tango menangkap model tiga dimensi berlatar belakangkan persekitaran yang berbeza.







Ekspedisi Di Dalam Kelas

Google sentiasa bersikap proaktif semasa menunjukkan teknologi itu lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan aktiviti di dalam kelas.

Di I/O, mereka telah menunjukkan kegunaan AR dalam konteks 'perjalanan alam maya', membolehkan pelajar mengalami pengalaman AR menggunakan telefon pintar Tango dengan kayu selfie.







Ekspedisi memerlukan seseorang untuk menyiarkan siaran dan mengawal kandungan- untuk situasi dalam kelas sudah pasti guru itu sendiri memikul tanggungjawab ini.

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai program ini, bolehlah menekan pautan ini.

Bergaya bersama GAP

Perkembangan teknologi zaman ini membolehkan anda tidak perlu ke pusat beli-belah sendiri untuk melakukan pembelian.

Kelemahannya mungkin apabila barang yang dibeli atas talian tidak sama dengan apa yang diharapkan.

Dengan teknologi AR, Dressing Room by GAP membolehkan anda 'mengenakan' pakaian sebelum anda membelinya.







Bukan sahaja anda boleh mencuba pakaian di rumah malah anda mengubah saiz pakaian mengikut kemahuan anda.

Mungkin pada masa depan, pembeli hanya memerlukan telefon pintar Tango dan mula membeli belah di rumah.

Selamat Datang Ke Oz

Mungkin aplikasi ini sudah terlihat kepada pengguna terutamanya yang pernah bermain Pokemon Go.

Ia membolehkan anda berinteraksi dengan pelbagai karekter dari The Wizard of Oz.







Artikel mengenai telefon pintar AR, Tango

Sumber

 

 

Berkaitan