Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dua Perkakas PC Ini Adalah Gandingan Terbaik Untuk Komputer

Dua Perkakas PC Ini Adalah Gandingan Terbaik Untuk Komputer

Diterbitkan Mei 21, 2021 oleh Amsyar Latif

Seperti diketahui, cip pemprosesan Intel Gen-11 telah pun diumumkan dimana ia memberikan prestasi yang baik dari segi gaming dan juga penyuntingan (editing).

Dengan ini, MSI mempunyai dua perkakas (hardware) PC yang menampilkan gandinga terbaik untuk melakukan tugasan tersebut, iaitu papan induk (motherboard) MPG Z590 Gaming Carbon WiFi dan MPG Coreliquid K360.

Dua Perkakas PC Ini Adalah Gandingan Terbaik Untuk Komputer

Papan induk baharu ini hadir dengan VRM yang sangat baik, prestasi cemerlang untuk CPU serta dilengkapi WiFi 6E dan 3 slot M.2 SSD yang salah satunya menyokong PCI-E 4.0 SSD.

Dua Perkakas PC Ini Adalah Gandingan Terbaik Untuk Komputer

Sementara sistem penyejukan cecair dalam satu (AIO) mampu mengekalkan suhu Intel Core i7-11700K dengan baik kerana blok cecairnya mempunyai kipas TORX Fan 3.0 dan TORX Fan 4.0 pula pada radiator.

Bagi membuktikannya, MSI telah membuat ujian prestasi menggunakan Cinebench R20 yang mana suhu Intel Core i7-11700K kekal sekitar 75~77°C dan boleh ditingkatkan kelajuan sehingga 5.0GHz.

Screenshot 2021-05-21 at 1.44.53 PM

Selain itu, ujian pada AIDA 64 turut mendapati suhu CPU serendah 57°C ketika kipas pada blok cecair dibuka berbanding 74°C ketika ia ditutup.

Berdasarkan data yang diberikan, dua perkakas tersebut sesuai untuk anda yang mahukan sebuah PC bagi kegunaan strim, penyuntingan atau bermain permainan video.

Jika anda berminat, MPG Z590 Gaming Carbon WiFi dijual dengan harga RM1759. Manakala MPG Coreliquid K360 pula berharga RM1149.

Sumber: Siaran Media MSI

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY