Dua Model ZenBook Duo Diperkenalkan, Harga Bermula RM4699 Sehingga RM15999

Kira-kira enam bulan yang lalu, ASUS sedia memperkenalkan barisan baru dalam siri ZenBook yang juga bersempena meraikan ulangtahun syarikat pengeluar tersebut.

Dikenali sebagai ZenBook Pro Duo dan ZenBook Duo, peranti tersebut kini sudah memasuki pasaran tempatan dengan acara perasmian berakhir sebentar tadi.



Disasarkan kepada pencipta kandungan serta pengguna yang berada dalam industri kreatif, komputer riba ini menawarkan skrin paparan kedua "ScreenPad" pada bahagian papan kekunci.

Ini memberi kelebihan kepada pengguna untuk memaparkan pelbagai tugasan mereka serentak dimana jua mereka berada. Ditawarkan dalam dua versi dan berikut merupakan ringkasan spesifikasi bagi model-model tersebut.

  • ZenBook Pro Duo






    • Intel i9-9980HK (2.4GHz) / Intel i7-9750H (2.6GHz)

    • NVIDIA GeForce RTX 2060

    • Skrin paparan 15.6inci (UHD) dengan sokongan sentuhan

    • Papan kekunci beserta pad nombor

    • ScreenPad dengan resolusi 4K

    • DDR4 32GB

    • SSD PCIe 1TB

    • Audio sokongan Harmon Kardon

    • Harga: RM15999 (i9) dan RM12999 (i7)



  • ZenBook Duo






    • Intel i7-10510U (1.8GHz)/ Intel i5-10210U (1.6GHz)

    • NVIDIA GeForce MX250

    • Skrin paparan 14 inci (FHD)

    • ScreenPad dengan resolusi FHD

    • DDR4 8GB (i5)/16GB (i7)

    • SSD PCIe 512GB

    • Audio sokongan Sonic Master

    • Harga: RM5699 (i7) dan RM4699 (i5)