Dua Juta Unit Vivo NEX Telah Terjual Dalam Tempoh 6 Bulan

Menjelang pelancaran generasi kedua model Vivo NEX bulan ini, Vivo telah mengeluarkan kenyataan bahawa siri model pertama siri berkenaan telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 2 juta unit dalam masa 6 bulan sahaja.

Menurut Naib Presidennya, Hu Baishan, nilai jualan bagi peranti tersebut adalah sekitar CNY 8 billion(~RM 4.84 billion). Teknologi kamera bermotor dan sensor imbasan cap jari dalam skrinnya ternyata membantu prestasi jualan bagi Vivo NEX generasi pertama ini.

Kapsyen: The Verge


Peranti ini hadir dengan nisbah paparan pada peranti sebesar 91.24%, dibantu oleh sensor kamera tersorok di sisi atas badan peranti. Selain itu, ia juga mempunyai ciri menarik lain seperti penggunaan cip canggih Snapdragon 845 dan spesifikasi kamera yang baik.

Melihat kepada rangkuman jualan ini, ia pasti memberi lebih keterujaan kepada pihak Vivo dan peminatnya bagi menantikan ketibaan Vivo NEX 2 pula selepas ini.

Peranti tersebut dikatakan akan mempunyai dua panel paparan iaitu di bahagian depan dan belakang peranti. Ini secara tidak langsung memungkinkan Vivo NEX 2 ini tidak akan mempunyai kamera hadapan sama sekali.

Vivo NEX 2 ini dijangka akan dilancarkan pada minggu hadapan(11 Nov) di China.

 

Sumber: GizmoChina