Dua Ciri Huawei P30 Pro Akan Dibawa Kepada Model-Model Yang Lain

Sistem fail baru, EROFS (Extendable Read-Only File System) setakat ini hanya tersedia eksklusif pada model Huawei P30 Pro. Menjanjikan peningkatan kelajuan bacaan sehinga 20% serta  lebih dari  2GB penjimatan pada sistem storan, Huawei dikatakan akan menawarkannya secara meluas kepada model-model yang lain.

Turut sama dirancang dalam kemaskini perisian adalah penawaran ciri GPU Turbo 3.0 yang akan dibawa kepada peranti seperti Huawei P30 Lite, P20 Lite, Nova 3i dan Huawei Y9 tidak lama lagi.

GPU Turbo 3.0 juga merupakan ciri yang hanya dinikmati oleh pengguna Huawei P30 Pro. Ia memberikan kuasa optimum pada sistem serta mengurangkan penggunaan kuasa cip ketika permainan bagi memastikan kelancaran sewaktu menjalankan aplikasi permainan.

Berikut adalah senarai aplikasi permainan yang boleh dioptimumkan menerusi GPU Turbo 3.0.

  • Fortnite

  • Knives out

  • Battle Bay

  • Crazy Taxi

  • Real Racing 3

  • Into The Dead 2

  • NBA 2K19

  • Dragon Nest M

  • Duel Links

  • PES 2019

  • Dragon Ball Legends

  • FIFA Mobile

  • Free Fire

  • Minecraft

  • Helix

  • Plants vs Zombie Heroes

  • Subway Surfers

  • Brawl Stars

  • Speed Drifters

  • Mobile Legends

  • Vainglory

  • Arean of Valor

  • Rules of Survival

  • NBA 2K18


Sumber: GSMArena