Dropbox Umum Ciri Hantar Fail 100GB Kepada Sesiapa, Termasuk Bukan Pengguna

Perkhidmatan storan awan, Dropbox pada minggu lalu telah mengumumkan satu ciri baru dikenali sebagai Dropbox Transfer. Sedang berada dalam fasa ujian beta, ciri ini memfokuskan kepada penghantaran salinan fail.

Melaluinya, pengguna menghantar fail kepada penerima semudah drag and drop. Setelah fail dipilih, pengguna akan menerima pautan yang boleh dikongsikan kepada sesiapa jua, termasuklah kepada penerima yang tidak menggunakan Dropbox.



Dengan ciri ini, penerima akan memuat turun fail sementara fail asal yang ada pada anda tidak akan diubah. Penghantaran fail boleh dibuat sehingga saiz 100GB.



Ciri tersebut turut ditambah dengan beberapa pilihan seperti tambah, sunting, atau buang kata laluan serta mempunyai keupayaan menetapkan tarikh luput pautan terbabit. Selain daripada itu, ia turut memaparkan informasi seperti jumlah muat turun yang dibuat melalui pautan tersebut.

Dropbox menjadualkan penawaran ciri ini kepada semua pengguna tidak lama lagi.

Sumber: Dropbox