Dropbox Tampil Dengan Antaramuka Baru Untuk Versi Web

Perkhidmatan storan awan terkenal, Dropbox, telah tampil dengan antaramuka baru yang lebih mudah digunakan pengguna.

Antaramuka bagi versi web yang diberi nafas baru itu bakal memudahkan pengguna untuk navigasi dari satu fail ke fail yang lain dan banyak lagi.

Antara perubahan yang dibuat adalah:

  • dropbox.com baru membolehkan anda melayari fail visual dengan imej kecil/thumbnail view

  • Anda boleh lihat pengguna lain yang berkongsi fail dengan anda


screenshot3_1300x760

 

  • Akaun kerja dan peribadi dapat dibezakan dengan jelas. Tiada lagi masalah tersalah masuk akaun

  • Lebih mudah untuk bertukar-tukar antara dua akaun tersebut


screenshot4_1300x760-hover-blue-background

 

  • Akhir sekali, Dropbox juga mengatakan bahawa Console Admin juga telah  direka semula, menjadikan ia lebih mudah untuk admin untuk menguruskan ahli kumpulan


screenshot1_1300x760

 

Sumber: Dropbox