Dropbox Sedang Uji Aplikasi Untuk Simpan Kata Laluan

Sebahagian daripada kita ada menggunakan Dropbox sebagai tempat simpanan dokumen dalam talian. Selain menyediakan kemudahan tersebut, ia kini dilihat sedang menguji perkhidmatan lain melalui aplikasi Dropbox Password.

dropbox password

Aplikasi terbaharu ini dilihat sama seperti aplikasi pengurusan kata laluan yang lain. Antara fungsi utama adalah untuk simpan kata laluan, log masuk halaman web dan aplikasi dengan lebih mudah serta akses simpanan kata laluan itu dari mana-mana peranti lain.

dropbox password

Walaupun boleh dipasang dari Google Play Store, penawaran hanya dibuat sebagai akses awal dan berdasarkan jemputan untuk pengguna terpilih. Ia masih lagi dalam fasa pembangunan dan belum dapat dipastikan lagi bila ia akan ditawarkan lebih meluas.