Drone Yang Diterbangkan Tanpa Kebenaran Semasa Sukan SEA Akan Dirampas

Pesuruhjaya Polis Persekutuan dan Pesuruhjaya Pesuruhjaya Persekutuan Datuk Zulkifli Abdullah memberi arahan kepada pemilik drone supaya meminta dahulu kebenaran dari Jabatan Penerbangan Awam sebelum menerbangkan drone semasa acara sukan SEA yang akan berlangsung seawal hari ini sehingga 31 Ogos ini.

Menurutnya lagi, arahan ini berkuatkuasa untuk menjaga privasi dan keselamatan pengunjung, para atlet dan orang kenamaan seperti menteri dan kerabat diraja.

"Menerbangkan drone tanpa kebenaran akan mendatangkan pelbagai masalah terutamanya apabila drone tidak dapat dikawal dan mungkin akan mengakibatkan kemalangan dan kecederaan kepada penonton dan atlet" Kata beliau semasa dalam satu temu ramah di Lembah Bidong, Setiu Terengganu.

Tambahnya lagi, pihak keselamatan seperti polis mempunyai hak untuk merampas drone yang tidak mendapat kebenaran. Ianya juga dilihat satu langkah yang agak sukar untuk diimplementasikan kerana drone mampu terbang dan dikawal sejauh 5-7km.

Dikhuatiri pihak mereka terpaksa menembak drone dari jauh jika perlu. Jadi kepada anda yang mahu mengambil rakaman menggunakan drone, adalah lebih baik untuk meminta kebenaran terlebih dahulu dari JPA sebelum nasi menjadi bubur. Drone bukan murah ya.

Sumber: NST

 

 

 

Berkaitan