Drone Ini Akan Mengawasi Kediaman Anda

Sebuah startup dikenali sebagai Sunflower Labs berpengkalan di Silicon Valley dan Zurich, Switzerland mengumumkan sebuah sistem sekuriti yang akan menggunakan drone. Drone itu akan berfungsi untuk mengenal pasti serta menyiasat ancaman yang hadir di sekitar kawasan kediaman.

Anda boleh melihat video secara 'live' menerusi telefon pintar yang disambung dengan drone untuk menentukan samada kediaman anda dalam keadaan selamat atau tidak. Sistem sekuriti menggunakan drone ini akan memulakan ujian beta pada pertengahan tahun 2017 dimana Sunflower Labs melihat teknologi ini bakal menggantikan sistem sekuriti yang lama seperti contoh sistem penggera.

 

Sistem yang dipanggil The Sunflower Awareness System akan bergantung kepada sebuah drone dan sebuah lampu pintar untuk mengawasi kawasan kediaman anda. Ia akan mengesan pergerakan, getaran, bunyi. Berdasarkan data yang dianalisa, sistem akan membezakan antara manusia, kenderaan mahupun binatang. Sistem ini dilengkapi dengan kepintaran buatan (Artificial Intelligence) untuk mengenal pasti gangguan dan menentukan samada ia berbahaya atau tidak. Sebagai contoh, jika seseorang yang dipercayai datang seperti posmen yang menghantar surat, sistem akan mengenal pasti bagaimana cara ia datang ke rumah dan berapa lama dia berdiri di depan pintu rumah.

161103080818-sunflower-labs-video-from-drone-780x439

Jika terdapat seseorang menghampiri pintu belakang rumah, sistem akan memberi notifikasi ke telefon pintar anda dan bertanya samada ingin menyiasat ataupun tidak. Sekiranya anda mengatakan ya, drone akan mula terbang secara automatik dan pergi ke lokasi tersebut. Drone tersebut terbang setinggi 30 kaki diudara dan akan terus berlegar dikawasan penceroboh selagi anda tidak memberi arahan kepada peranti itu untuk pulang ke tempat ia diletakkan. Aplikasi yang dipasang pada telefon pintar mempunyai fungsi untuk menghubungi pihak polis di kawasan anda.

Sistem sekuriti yang lama sering kali memberi amaran yang salah dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alex Pachikov, sistem syarikatnya menggunakan drone untuk menyiasat terlebih dahulu sebelum melaporkan kepada pihak polis. Tambahan lagi, sistem rekaan startup ini mampu memantau harta benda walaupun anda tidak berada dikawasan kediaman. Kebanyakkan sistem penggera ditetapkan untuk menjaga keluar masuk rumah sahaja.

161103001649-drone-sunflower-labs-780x439

Bilah kipas drone ini akan berhenti sekiranya ia melanggar sebarang objek dan ia direka supaya berputar secara senyap. Berat drone ini hampir 1KG dan syarikat bercadang mahu menurunkannya  sehingga 0.2-0.3KG sebelum peranti ini memasuki pasaran. Drone ini dilengkapi dengan 2 kamera dan hanya merakam video di kawasan kediaman anda sahaja bagi menjamin privasi jiran anda.

Walaubagaimanapun, harga untuk memiliki sistem ini belum ditentukan lagi tetapi lampu pintar yang digunakan akan berharga ~RM 670 untuk setiap satu. Sementara itu, drone untuk sistem ini boleh disewa dengan harga yang dikatakan lebih murah berbanding kos selenggara sistem penggera tradisional.

Sumber: CNN