Drone GoPro Karma Dijual Semula Ke Pasaran

Pada September tahun lepas, GoPro mengejutkan dunia dengan pelancaran drone pertama mereka Karma.Tetapi malangnya batch pertama drone Karma yang terjual sebanyak 2,500 unit mengalami masalah kehilangan kuasa sehinga drone mereka terpaksa ditarik semula dari pasaran.

Langkah GoPro menarik semula drone mereka dari pasaran adalah satu langkah yang harus dipuji. GoPro terpaksa menanggung kerugian yang besar pada suku terakhir tahun lepas berikutan kejadian drone Karma jatuh dari udara keran kehilangan kuasa.

GoPro mengesahkan mereka telah mencapai solusi untuk memperbaiki masalah drone Karma dengan penukaran mekanisma bekalan kuasa di ruang bateri. Mereka juga mengumumkan Karma akan mula dijual semula dipasaran. Ketika ini, drone Karma hanya boleh didapati di pasaran US sahaja.Drone Karma dijual berasingan dengan kamera aksi GoPro dengan harga $799 (RM3600).
Sumber: Bussiness Insider, Telegraph, The Verge