Drone Facebook Digelar Aquila, Bakal Menjadi Pembekal Internet Global Suatu Hari Nanti

Sebuah pesawat terbang solar yang dibina oleh Facebook, bakal menyediakan akses internet di seluruh dunia secara senyap telah selesai penerbangan ujian di Arizona setelah percubaan pertama berakhir dengan kemalangan.

Drone yang dikenali sebagai Aquila dibina untuk tujuan menyediakan akses internet kepada 4 bilion orang di seluruh dunia.

"Apabila Aquila siap, ia akan menjadi drone bertenaga solar yang akan menjalin hubungan internet di seluruh dunia," katanya dalam satu kiriman di Facebook.



Aquila merupakan drone dengan lebih banyak sensor, spoiler baru dan kipas mendatar dengan sistem pendaratan yang lebih selamat. Dalam ujian kedua di Yuma Arizona, drone ini berada di udara selama satu jam 46 minit dengan penerbangan setinggi 3000 kaki (910 meter). Ianya dilihat satu ujian yang sukses bagi mereka.



Drone ini memiliki berat 450kg dan mempunyai sayap yang panjang jika dibandingkan dengan Boeing 747. Aquila mampu terbang secara autopilot tetapi akan ada pemandu yang menyelia penerbangan drone ini dan mangambil kawalan dalam situasi tertentu.



"Kami berjaya mengumpulkan banyak data untuk membantu mengoptimumkan kecekapan Aquila," kata Zuckerberg. "Tiada siapa yang pernah membina pesawat tanpa pemandu yang akan terbang selama berbulan-bulan lamanya" tambah Mark Zuckerberg lagi.

Sumber: The Guardian