Dron Terbaik Bawah RM1500

Anda tidak perlu berbelanja besar untuk memiliki sebuah dron. jika anda sedang menimbang untuk membeli dron pertama anda, harga dron di pasaran akan membuatkan anda terkejut dan membunuh minat anda. Harga DJI Inspire 1 berharga sehingga RM 13,000, sesuatu yang tidak masuk akal untuk pengguna ringan.

Untuk permulaan, anda pasti memerlukan dron yang mudah dikendalikan supaya tidak terlibat dengan kemalangan kecil disebabkan kesilapan manusia atau kesilapan teknikal. Dengan permintaan dron yang semakin kompetitif di pasaran, terdapat pilihan bajet yang rendah untuk peminat yang ingin mencuba hobi dron ini. Dibawah ini diletakkan senarai dan spesifikasi dron untuk bajet bawah RM 1500.

  • Aukey Black Sparrow

  • Microdrone 3.0

  • Syma X8G

  • Walkera Runner 250

  • Parrot AR.Drone 2.0 Elite Edition

  • LaTrax Alias Quadcopter

  • Holy Stone Predator


Aukey Black Sparrow

1

Aukey Black Sparrow menawarkan nilai yang hebat untuk sesiapa yang sedang mencari dron bersaiz penuh berharga bawah RM 500. Sedikit pemasangan perlu dilakukan selepas keluar dari kotak seperti gear pendaratan dan pelindung bilah. Bateri juga perlu dicaj sebelum dron boleh diterbangkan.

Purata jam penerbangan untuk dron ini pula ialah sebanyak 10 minit, sesuatu yang biasa untuk dron dalam kategori harga ini. Disertakan 'controller' plastik berfrekuensi 2.4 Ghz dan suis untuk 'calibration' dan 'headless mode.' Dron mampu terbang dalam jarak lebih dari 1000 kaki dan LED untuk penerbangan malam.  Dron ini dilengkapi giro 6 paksi yang membantuk kestabilan dron semasa penerbangan.

Dron ini malangnya tidak dilengkapi dengan kamera tetapi disertakan ruang untuk meletakkan kamera di bahagian bawah dron. Aksesori kamera tidak datang sekali tetapi diletakkan sebagai pilihan naik taraf.

Lihat di Amazon

Spesifikasi:

  • Dimensi: 21.3" x 21.3" x 6"

  • Berat: 1.5 lbs

  • Kamera: Tiada

  • Purata jam penerbangan: 10 minit


Microdrone 3.0

2

Microdrone 3.0 telah mengumpul sebanyak lebih dari RM 13 juta di IndieGoGo dan merupakan dron terkecil dalam senarai ini. Walaupun dengan saiz kecil, dron ini mampu untuk datang dengan fungsi yang pelbagai seperti dron yang bersaiz penuh.

Dron datang dengan 'controller' berfrekuensi 2.4 Ghz, pelindung bilah, 4 bilah lebih untuk diganti, 4 bilah lain untuk penerbangan terbalik, modul kamera Wi-Fi, pemegang telefon pintar yang dipasang di 'controller' dan VR headset untuk penerbangan 'first-person view.'

Ia mampu terbang dalam 3 mod (perlahan, cepat dan sangat cepat) dan suis untuk mod aksi, yang membolehkan anda melakukan aksi akrobatik dengan dron anda. Kamera boleh dilekatkan dengan mudah menggunakan magnet dan dihubungkan dengan menggunakan Wi-Fi ke telefon anda. Rakaman video pula menggunakan aplikasi Microdrone.

Lihat di Amazon

Spesifikasi:

  • Dimensi: 5.7" x 5.7" x 1.9"

  • Berat: .12 lbs (tanpa kamera), .16 lbs (dengan kamera)

  • Kamera: Ada- mengambil video resolusi 720 x 1080 HD pada 30 FPS

  • Purata jam penerbangan: 10 minit (tanpa kamera)


Syma X8G

3

Dron ini juga pilihan baik untuk permulaan hobi dron. Ia boleh diterbangkan selepas keluar dari kotak dan skill untuk menerbangkannya juga agak mudah. Dron ini dilaporkan juga mampu menghadapi beberapa pelanggaran dengan pokok. Ia juga dron terbesar yang terdapat di dalam senarai ini. Kualiti kamera yang disertakan sekali juga agak berkualiti dan boleh diganti dengan kamera GoPro.

Anda akan mendapat purata 8 minit jam penerbangan dengan bateri caj penuh tetapi tempoh untuk caj bateri berkapasiti 2000 mAh boleh mengambil masa sehingga 3 jam dan merupakan salah satu kelemahan untuk dron ini. Selain daripada itu, dron ini merupakan pilihan yang baik jika dilihat dari segi kualiti pembinaan.

Lihat di Amazon

Spesifikasi:

  • Dimensi: 19.7" x 19.7" x 7.5"

  • Berat: 3.5 lbs

  • Kamera: Ada- 8 MP, 120p dan 1080 kualiti video

  • Purata jam penerbangan: 5-8 minit


Walkera Runner 250

i.img

Jika anda berminat dalam dunia perlumbaan dron, ini mungkin menjadi dron yang dicari sebagai permulaan- tetapi bukan untuk sesiapa yang baru hendak bermula. Dibina dengan bahan ringan seperti gentian karbon, dron ini dibina untuk penerbangan berkelajuan tinggi.

Ia mampu untuk terbang dalam kelajuan 24 batu sejam dan jarak operasi sehingga 1000 meter. Untuk terbang dengan kelajuan tersebut, anda pasti memerlukan bateri yang kukuh kerana terdapat laporan yang bateri boleh tercabut dan mengakibatkan kamera tidak berfungsi selepas kemalangan. Dron dipasang siap di dalam kotak dan ada sedikit alatan untuk kerja-kerja pembaikan.

Lihat di Amazon

Spesifikasi:

  • Dimensi: 18.5" x 11.3" x 5.2"

  • Berat: 1.1 lbs

  • Kamera: Ada

  • Purata jam penerbangan: 12-15 minit


Parrot AR.Drone 2.0 Elite Edition

5

Parrot merupakan nama yang tidak asing di dalam dunia dron. AR 2.0 merupakan entri dron yang baik untuk sesiapa yang ingin menjadikannya sebagai hobi.

Tidak seperti dron lain di dalam senarai ini, ia dikawal sepenuhnya oleh telefon pintar anda menggunakan Wi-Fi tanpa memerlukan 'controller'. Aplikasi Parrot boleh dimuat turun dan anda boleh merekod video dalam 720p. Aplikasi juga memberi pilihan pembelian mod direktor untuk anda membuat 'shot' sinematik jika anda seorang pembuat filem amatur. Plug USB disertakan di bawah badan dron untuk menyimpan terus video anda ke dalam pendrive.

Sensor dalaman dan sistem navigasi dron membolehkan AR 2.0 untuk mengekalkan kestabilan di dalam keadaan angin berkelajuan 15 batu sejam, membolehkan anda mengawal dron anda di dalam keadaan angin kuat. Pelindung bilah juga boleh dipasang bagi memastikan dron anda selamat semasa kemalangan. Ia didatangkan dalam versi camo: hutan, gurun dan salji

Lihat di Amazon

Spesifikasi:

  • Dimensi: 23" x 23" x 5"

  • Berat: 4lbs

  • Kamera: Ada-720p dalam video

  • Purata jam penerbangan: 11 minit


LaTrax Alias Quadcopter

6

Ini adalah pilhan yang baik untuk pengguna 'beginner' dan juga yang sudah mahir. Dibina dengan bingkai yang kuat, dron ini sangat tahan lasak dan juga amat ringan.

Disertakan dengan 'controller' 2.4 Ghz, dron ini dikhususkan untuk kelajuan dan akrobatik. Tiada pilihan kamera yang ditawarkan membuatkan dron ini tidak boleh melakukan rakaman semasa penerbangan. Dron datang dengan beberapa mod penerbangan dari penerbangan mudah yang mengawal kestabilan semasa penerbangan ke mod manual yang memberi kawalan penuh kepada pengguna untuk mengawal kestabilan.

Dengan tiada pilihan kamera untuk dron ini, mungkin ia pilihan kepada sesiapa yang ingin memiliki dron yang pantas, ringan dan seronok untuk diterbangkan.

Lihat di Amazon

Spesifikasi

  • Dimensi: 12" x 12" x 1.6"

  • Berat: .22lbs

  • Kamera: Tiada

  • Purata jam penerbangan: 10 minit


Holy Stone Predator

7

Dron ini merupakan antara dron yang murah dalam senarai ini. Ia datang dengan 'controller' sendiri dan mudah untuk diterbangkan. Bersaiz kecil dan boleh diterbangkan di dalam rumah atau banggunan. Bateri bercaj penuh membekalkan purata 6 minit penerbangan dengan bateri gantian yang murah dan mudah untuk ditukar.

Lihat di Amazon

Spesifikasi:

  • Dimensi: 5.3" x 1.6" x 5.3"

  • Berat: 1.42 auns

  • Kamera: Tiada

  • Purata jam penerbangan: 6 minit


Sumber