Dron Parrot Anafi Terbaru Turut Disertakan Bersama Peranti FPV

Memberikan pengalaman baru melihat dari sudut pandangan yang mengkagumkan.


Syarikat pembnagun dron dari Perancis, Parrot telah pun mengumumkan dron terbaru dalam barisan produk mereka iaitu Anafi FPV.

Dinamakan sebagai Anafi FPV kerana setiap pembelian dron Parrot terbaru ini turut disertakan bersama peranti FPV (First-person view) kepada pembelinya.

Dron Anafi FPV masih mengekalkan spesifikasi serta reka bentuk dari model dron sebelumnya. Dron ini mampu merakam video 4K berkualiti, mengambil gambar pegun 21 megapiksel, boleh diterbangkan selaju 55kph (maksimum) serta sejauh lebih dari 3km.

Malah baterinya mampu membolehkan Parrot Anafi beroperasi selama 26 minit dengan sekali cas penuh.

Kapsyen: Set Parrot Anafi FPV. (Peranti paparan-telefon pintar tidak disertakan sekali.


Set FPV yang disertakan sudah pastinya akan memberikan pengalaman baru kepada pengguna dalam menerokai pemandangan yang menakjubkan menerusi pandangan dron tersebut.

Anafi FPV akan mula ditawarkan dalam bulan September ini dan berharga dari USD800.00. Setiap unit pembelian akan disertakan bersama:-

  • 1 ANAFI FPV drone

  • 1 Parrot Skycontroller 3

  • 1 Parrot Cockpitglasses 3

  • 1 smart battery

  • 1 backpack

  • 8 spare propeller blades

  • 1 mounting tool

  • 1 16 GB microSD card

  • 1 USB-A/USB-C cable


Untuk info lanjut, sila layari laman muka Parrot Anafi FPV.

https://www.youtube.com/watch?v=it9NnCldrVA

Berkaitan