Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Pihak Dilarang Terbangkan Dron Sepanjang Tempoh PKP – PDRM

Dron Digunakan Bagi Memantau SOP Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri

Diterbitkan Mei 4, 2021 oleh ariff bukhari

Bagi memudahkan serta memantau dengan lebih rapat pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standad (SOP) di bazar-bazar Ramadhan dan Aidilfitri, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa mereka menggunakan dron bagi melaksanakan operasi pemantauan tersebut.

Pemantauan melalui udara itu dijalankan di bazar Ramadhan dan Aidlfitri sekitar Lembah Klang.

Jadi dengan bantuan dron, pemantauan ke atas bazar-bazar Ramadhan di sekitar Lembah Klang akan menjadi lebih mudah serta mendapatkan gambaran situasi semasa pada masa yang lebih jelas sama ada SOP seperti penjarakkan sosial dipatuhi atau pun tidak.

Menurut PDRM, bazar-bazar Ramadhan dan Aidilfitri menerima kunjungan orang ramai sekitar 2,000 hingga 3,000 pengunjung.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan disamping mencari juadah untuk berbuka serta barangan untuk hari raya yang bakal menjelang tiba.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY