Dron Comel Ini Bakal Menggantikan Sesetengah Tugas Angkasawan

Agensi Angkasa Lepas Jepun telah mengeluarkan satu video memaparkan drone yang sangat comel di Stesen Antarabangsa Angkasa.

Ia merupakan sebuah kamera dron yang akan digunakan di stesen tersebut.

Dron itu dipanggil Int-Ball. Berukuran 15 cm pada diameter, ia dicipta untuk mengambil gambar di angkasa lepas.

Sebelum ini, seorang angkasawan ditugaskan untuk mengambil dan merakam aktiviti yang berlaku di stesen angkasa tersebut.

Ia boleh bergerak dengan dikawal dari Bumi dan merakam imej dan video secara langsung.

Ini membolehkan krew di Bumi untuk memantau segala kerja yang berlaku di stesen itu semasa kerja sedang berjalan.

Mari kita lihat video mengenai dron comel ini.

https://youtu.be/GNtNN0c4_Q0