V-Coptr Falcon, dron terbaru dari Zero Zero Robotics.
Firma pembangun dron dari Amerika Syarikat, Zero Zero Robotics telah memperkenalkan model dron terbaru mereka yang dikenali sebagai V-Coptr Falcon.
Perbezaan paling ketara dron V-Coptr Falcon ini adalah ia hanya dilengkapi dengan 2 rotor sahaja. Tidak sepertimana model dron lain yang kebiasaannya dilengkapi dengan 4 rotor.
Malah ia juga dilengkapi bateri yang didakwa mampu menerbangkan dron tersebut selama 50 minit. Jauh lebih lama dari dron-dron yang ditawarkan di pasaran ketika ini yang kebanyakkannya hanya mampu terbang antara 10 hingga 30 minit sahaja.
Selain itu, V-Coptr Falcon dilengkapi dengan kamera dengan gimbal yang mampu merakam video 4K (3840×2160, 30fps), kipas yang boleh dilipat dan capaian transmisi sejauh 7km.
Ia juga memiliki ciri mengelak halangan, penjejakan automatik, storan terbina dalam berkapasiti 8GB dan menyokong storan tambahan kad microSD berkapasiti sehingga 256GB.
Dron V-Coptr Falcon sudah boleh dipra tempah dari laman rasmi Zero Zero Robotics pada harga USD999.00.
https://www.youtube.com/watch?v=LMaRFSchtqc
Berkaitan
- Rasai Pengalaman Terbangkan Sendiri Pelbagai Jenis Dron Di Tech Dome Penang
- Kerajaan Harus Berwaspada Terhadap Dron Yang Diterima Secara Percuma Dari A.S
- Super Dron Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan Bakal Diperkenalkan Di Malaysia
- DJI Mini 3, Dron Berprestasi Terbaru Pada Harga Bajet
- Dron Digunakan Bagi Memantau SOP Di Bazar Ramadan Dan Aidilfitri
- EV BYD Pada Masa Hadapan Mungkin Akan Dilengkapi Dron
- Selepas Terbang Selama 64 Hari, Dron Airbus Terhempas, Gagal Pecah Rekod Dunia Terdahulu
- Sebuah Dron Penghantar Barang Di Switzerland Terhempas Berdekatan Sekumpulan Kanan-Kanak
- Dron Dilarang Diterbangkan Di Langkawi Bermula Hari Ini Sempena LIMA 23 - CAAM
- Intel Mengacah Rupa Kad Grafik Arc 'Alchemist' Dengan Menerbangkan 1000 Unit Dron