Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
drive-in cinema malaysia

‘Drive-In Cinema’ Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Julai 6, 2020 · Dikemas kini Julai 6, 2020 oleh Nadiah Ab

Sekiranya anda pernah menonton filem-filem Amerika atau barat yang menampilkan koleksi kereta yang berkumpul di depan sebuah layar besar, maka anda telah menyaksikan penampilan nostalgia pawagam.

‘Drive-in cinema’ merupakan pawagam atau wayang yang dilakukan di tempat terbuka seperti di kawasan tempat letak kereta yang luas. Di sini, penonton akan menonton filem yang disiarkan melalui satu skrin besar dari kereta masing-masing.

drive in cinema malaysia

Baru-baru ini sahaja negara jiran kita, Thailand telah melancarkan ‘drive-in cinema’ mereka sendiri. Kini, warga Malaysia juga bakal merasakan pengalaman tersebut tidak lama lagi di samping dapat mengekalkan penjarakan sosial di musim pandemik Covid-19 ini.

https://www.instagram.com/p/CCDT2yxlX_s/?utm_source=ig_web_copy_link

‘Drive-in cinema’ akan dibawakan ke Malaysia dengan kerjasama oleh MD Events Asia dan Two Spicy Entertainment. Bagaimanapun, lokasi atau tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

Anda ingin merasakan kelainan menonton wayang bersama rakan-rakan atau ahli keluarga? Anda boleh lakukannya dengan membuat tempahan tiket di www.mjunction.my.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
  • KKM Tegaskan Tidak Terjejas Dengan Insiden Siber 12 November
  • Kerajaan Bangunkan Sistem Keselamatan Warga Emas Yang Tinggal Bersendirian
  • Xiaomi Terajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia Pada Suku Ketiga 2026
  • Leapmotor B10 Kinetix Edition Hadir Dengan Bodykit Eksklusif, Jumlah Terhad
  • Kerajaan Perketat Pemantauan Bekalan Elektrik, Air Untuk Pembangunan Pusat Data
  • Tesla Mula Jual Cybercab Kepada Pelanggan Terpilih
  • Jensen Huang Dilapor Pertimbang Untuk Kembali Sebagai CEO NVIDIA
©2026 WISER.MY