"Download Bomb" Kembali Menyerang Google Chrome

Awal tahun ini, Google Chrome terdedah kepada pepijat yang mendedahkah pelayar internet itu kepada serangan "download bomb".

Apabila pelayar internet terkesan dengannya, aktiviti muat turun akan berlaku secara tiba-tiba dan berterusan serta boleh menyebabkan pelayar terus terhenti.

Teknik ini kerap digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk memerangkap mangsa supaya mendail nombor yang tertera pada pelayar, kononnya untuk membuka semula paparan yang telah kaku tersebut.



Masalah tersebut sudah diatasi oleh Google melalui kemaskini Chrome 65 yang dikeluarkan pada Mac 2018 lalu, tetapi nampaknya kini ia kembali menyerang bukan sahaja pada Chrome malah pada beberapa pelayar lain seperti Firefox, Vilvadi, Opera, dan Brave.

Kemaskini Chrome 67 ibarat membuka semula ruang untuk "download bomb" dan menurut laman Bleeping Computer, ujian telah dijalankan dan Microsoft Edge serta Internet Explorer tidak terjejas.

Berkemungkinan masalah ini akan dapat diselesaikan menerusi kemaskini Chrome 68 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sumber: Bleeping Computer