Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EG vs SG top

[Dota 2]Pertarungan Benua Amerika: Perjalanan SG e-sports Berakhir Di Tangan EG

Diterbitkan April 30, 2017 oleh Wiser MY

Di dalam pertarungan yang mendebarkan, Evil Geniuses berjaya dengan tipis mengalahkan SG e-sports bagi merebut 4 slot terakhir ke separuh akhir Kiev Major.

EG mengetepikan pasukan dari Amerika Selatan itu dengan kemenangan 2-1, memberi harapan baru kepada rantau Amerika Selatan dalam kejohanan Valve yang akan datang.

Perlawanan 1

eg1

Perlawanan bermula dengan EG tidak memberi peluang kepada SG e-sports untuk membuat kejutan.

EG mendominasi perlawanan ini sehingga SG e-sports berjaya mengekang rentak EG dan cuba bertahan dengan mengharapkan Lina, Sand King dan Juggernaut mengawal pertarungan.

Tetapi keputusan SG e-sports untuk masuk ke hutan EG menggunakan smoke of deceit memakan diri kerana EG sudah bersedia menanti mereka.

Akhirnya, EG memenangi perlawanan pertama.

Perlawanan 2

eg2

Perlawanan kedua menyaksikan SG e-sports cuba untuk bermain agresif dengan menggunakan Terrorblade sebagai carry utama dan Enigma sebagai hero yang dapat menangkap pergerakan Invoker dan Lycan.

Dengan Zai menggunakan Riki dan bertindak sebagai hero roaming, memberi masalah kepada fasa awal permainan kepada SG e-sports.

Enigma berjaya membuat 2 blackhole yang memberi kelebihan kepada SG e-sports menekan EG di base memaksa EG untuk membeli kembali hero mereka.

Puck dan Night Stalker menutup ruang bagi Rubick untuk membuat pergerakan balas untuk EG.

SG e-sports memenangi perlawanan kedua selepas EG gagal menghentikan momentum lawan mereka.

Perlawanan 3

eg3

Di dalam perlawanan ketiga, SG e-sports cuba bermain agresif dengan menekan Spectre.

EG bertindak balas dengan bersedia dengan town portal scroll dan menghukum permainan agresif SG e-sports.

Universe menggunakan Legion Commander menunggu SG e-sports membuat kesilapan dan ini menyukarkan pasukan dari Brazil ini membuat pergerakan.

Walau bagaimana pun, SG e-sports berjaya kembali ke perlawanan dengan Juggernaut  berjaya memenangi beberapa pertarungan.

Dominasi sentiasa bertukar tangan antara kedua-dua pasukan menyukarkan penonton untuk mengagak siapa yang akan menang.

Detik kemenangan EG bermula apabila Puck berjaya mengenakan dream coil ke atas semua hero SG e-sports di dalam roshan pit dan memulakan momentum EG untuk menang.

Akhirnya, EG berjaya menceroboh base lawan dan mengeluarkan SG e-sports dari kejohanan Kiev Major.

Sumber

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY