[Dota 2]Peranan Supporter Yang Makin Meningkat Dalam Meta Sekarang (Bahagian 1)

Apa itu supporter?

Supporter merupakan salah satu peranan yang terdapat di dalam satu pasukan Dota 2.

Selalunya peranan ini akan dipikul oleh pemain yang berada di posisi ke 4 dan 5.

Supporter mempunyai beberapa tugas di dalam permainan:

  • Healer

  • Creep stacker

  • Roamer / Smoke breaker

  • Warder (observer)

  • Ward denier (sentry)

  • Late game mage


Itu antara tugas yang dipikul oleh seorang supporter dan selalu dipandang ringan oleh pemain yang baru berjinak di dalam permainan Dota 2.

Mengapa peranan ini sangat penting?

Terdapat sumber yang sedikit di dalam sebuah peta dan selalunya akan diberi kepada pemain posisi 1 hingga 3.

Jadi supporter perlu mengharapkan wang dari sumber yang lain dan selalunya mempunyai networth yang sedikit berbading pemain yang lain.

Peranan ini meningkat naik di dalam pertandingan profesional seperti peringkat akhir MDL 2017 antara LGD dengan LGD.Forever Young.

Dalam 5 perlawanan yang berlaku, 15/20 dari fasa pertama dan 12/20 dari ban fasa pertama melibatkan peranan supporter.

Ini menunjukkan betapa pentingnya pasukan China itu memikirkan tentang supporter mereka.

Apa yang menjadikan seorang supporter itu pemain yang baik?

Kerana peranan supporter merangkumi bidang tugas pemain posisi 4 dan 5 dimana 2 posisi ini akan saling bertukar-tukar tugas antara satu sama lain, pemain supporter yang baik adalah pemain yang mendapat sumber yang sedikit tetapi memberi impak yang besar.

Pemain juga mesti memiliki pengalaman yang luas serta faham dengan taktik perlawanan termasuk dapat menghidu bahaya yang akan datang dan mengambil langkah proaktif bagi menanganinya.

Lihat sendiri bagaimana pemain profesional bermain di posisi itu dan perhati apa yang mereka lakukan pada masa-masa tertentu.

Pemain seperti Jerax, Jai ataupun dari Malaysia sendiri seperti Ah Fu yang menjadi watak penting pada awal permainan bagi mencipta momentum bagi pasukan masing-masing.