[Dota 2]Peranan Supporter Dalam Meta Sekarang Bahagian 2

Semalam kita mengupas apa itu tugas am bagi seorang supporter di dalam permainan dan bagaimana hendak mengenal pasti seorang supporter yang baik.

Harini kita akan bercakap mengenai skop supporter terutamanya untuk patch 7.06.

Meta 7.06

Selepas keluarnya patch 7.00, terdapat banyak perubahan yang dibuat dan awal permainan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.

Dengan sistem rune yang sudah berubah, roamer mendapat satu tugas lagi dengan mengambil rune-rune ini tepat pada masanya.

Ini membolehkan mereka mendapat wang yang dan pengalaman yang sedikit tanpa perlu berada di lane.

Tambahan pula sistem shrine yang baru membuatkan roamer lebih efisien dalam gerakan-gerakan awal permainan.

Dengan perubahan neutral yang keluar setiap 2 minit berbanding 1 sebelum ini, jungling tidak lagi menjadi keutamaan kepada pasukan.

Patch 7.06 pula menawarkan sedikit perubahan kepada permainan terutamanya kepada supporter:

  • Neutrals sekarang keluar setiap minit berbading setiap 2 minit sebelum ini.

  • Neutrals sekarang memberi kurang 20% emas dan pengalaman

  • Pengalaman dan emas neutrals naik sebanyak 2% setiap 7.5 minit.

  • Tambahan satu melee creep di lane tengah untuk 15 minit pertama.

  • Creep akan bertembung lebih dekat di tower offlane.


Neutrals keluar setiap minit berbanding 2? Nanti dulu..

Emas dan pengalaman yang berkurangan tidak memungkinkan jungler kembali.

Tetapi ini menyebabkan kerja-kerja stacking menjadi keperluan tanpa mengorbankan tugas rune dan menjaga lane.

Kedua pula dengan penambahan satu melee creep di lane tengah memaksa supporter kedua-dua pasukan untuk memberi perhatian kepada lane tengah ini.

Dengan ward yang lebih tertumpu kepada lane tengah pada awal permainan bagi membantu pemain posisi 2 untuk farming dengan lebih selesa.

Creep juga akan bertemu lebih dekat dengan tower offlane, menyukarkan supporter safe lane menganggu offlaner lawan dari lane tersebut.

Anda juga mungkin sudah perasan yang kebelakangan ini, posisi tri-lane sudah berkurangan tidak kira sama ada defensive atau offensive.

Dengan pergerakan pemain posisi 4 lebih dinamik dan tidak statik, memungkin bila-bila sahaja lane anda akan diserang hendap oleh pihak lawan seterusnya membuatkan permainan ward menjadi lebih penting dan rumit.

Konklusi

Meta pada hari ini menekankan pada awal permainan dan masih lagi relevan dari dahulu lagi.

Setiap posisi masih lagi mempunyai peranan penting mereka sendiri tetapi bagi saya, pemain posisi 4 sekarang mempunyai tugas dan prospek yang lebih menarik bagi mempengaruhi sesuatu permainan.

Sumber