Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dota 2 – The International 10 Mungkin Tidak Jadi Diadakan Di Stockholm

Dota 2 – The International 10 Mungkin Tidak Jadi Diadakan Di Stockholm

Diterbitkan Jun 22, 2021 oleh Wiser MY

Awal Jun lalu kami ada kongsikan yang kejohanan Dota 2 The International 10 (TI10) akan diadakan di Stockholm, Sweden.

Terbaru, Valve mengeluarkan kenyataan mengejut menyatakan Kesatuan Sukan Sweden tidak mengiktiraf kejohanan e-sukan ini sebagai acara sukan elit.

An Important Update on TI10: The International – Dota 2 Championships in Swedenhttps://t.co/lTg7JfWreZ

— DOTA 2 (@DOTA2) June 21, 2021

Ini bererti semua kakitangan terlibat dan pemain luar Eropah terutamanya, akan menghadapi kesukaran mendapatkan visa perjalanan untuk memasuki Sweden.

Rayuan yang dikemukakan kepada kerajaan Sweden juga masih belum membawa berita positif atau resolusi yang diharapkan. Lantaran itu, Valve sudah mula mencari tempat alternatif dalam Eropah jika pelan asalnya tidak berhasil.

Walaupun sudah setahun tertangguh kerana pelbagai keadaan, Valve masih komited untuk mencari solusi bagi mengadakan TI10 pada tahun ini di Eropah.

Dalam pada itu, Valve memastikan pusingan kelayakan TI10 masih akan dijalankan dan satu acara baru bakal menemui pemain pada hujung minggu ini.

Nantikan kemas kini rancangan terbaru oleh Valve mengenai The International 10 dalam masa terdekat.

Sumber: dota 2

Baca juga – Kejohanan Dota 2 The International 10 Diadakan Di Stockholm

Baca juga – Shenzhen Jadi Pentas Akhir Kejohanan Dunia League Of Legends 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY