[Dota 2] Planet Odd Membubarkan Senarai Pemain Dota 2 Mereka

Pasukan Dota 2 ini seolah-olah jatuh ditimpa tangga. Finalis untuk TI tahun lepas dan kedudukan mereka harini sah tidak lagi bersama pasukan Planet Odd.

Pasukan yang dibintangi Misery, w33, Resolut1ion, MoonMeander dan Saksa itu mengambil keputusan untuk meninggalkan organisasi tersebut.

Mereka yang sebelum ini bersama Digital Chaos kemudian keluar dan menubuhkan Thunderbird telah menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini.

Kali terakhir mereka memenangi pertandingan ialah di ESL One Genting pada awal tahun ini.

Dengan kegagalan mereka layak untuk menyertai TI 2017, mereka membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing dengan Resolut1on telah bersetuju menjadi pemain gantian untuk Team Empire untuk TI 2017.

Sumber