Sejak diiktiraf sebagai salah satu daripada acara sukan, permainan video atau lebih popular digelar e-sukan kini semakin diterima oleh Majlis Olimpik Antarabangsa(IOC).

Buktinya, sudah beberapa kali kita mendengar mengenai perancangan untuk membawa acara e-sukan ke temasya-temasya sukan besar seperti Olimpik ataupun Sukan Asia.

Sukan SEA juga tidak terkecuali di mana penganjur bagi edisi 2019, Filipina telah mengesahkan e-sukan bakal dipertandingkan dan dikiri pada pungutan pingat pada temasya itu nanti.

Gambar hiasan (Medium)

Acara tersebut akan terbahagi kepada tiga platform utama iaitu PC, mudah alih dan konsol. Enam permainan akan dipertandingkan, masing-masing dua untuk PC, dua untuk peranti mudah alih dan dua bagi konsol.

IKLAN

Senarai permainan video yang terpilih adalah:

  • PC – Dota 2, Starcraft II
  • Mudah Alih – Mobile Legends, Arena of Valor
  • Konsol – Tekken 7

Satu lagi permainan akan diumumkan pada beberapa minggu mendatang. Antara permainan yang disebut-sebut bakal terpilih ialah FIFA ataupun PES.

IKLAN

Filipina bakal menjadi tuan rumah kepada atlet daripada seluar Asia Tenggara sepanjang Sukan SEA 2019 berlangsung dari 30 November hinggalah 11 Disember tahun hadapan.

 

Sumber: FoxSports Asia