Dota 2 International 2017 Bakal Memecahkan Rekod Sebagai Hadiah Kemenangan Terbesar Dalam Sejarah

Nampaknya setiap tahun kejohanan The International mencipta rekod baru dari segi hadiah kemenangan dalam pertandingan eSukan.

Semuanya adalah kerana initiatif Battle Pass yang menyumbang besar kepada hadiah kemenangan TI.

Sekarang ini, hadiah terkumpul telah melepasi nilai RM 90 juta. Fuhh..

Dota 2 mungkin tidak mempunyai pemain aktif seramai League Of Legends tetapi dengan wang kemenangan seperti itu pasti menarik banyak pasukan profesional untuk bertanding ke kejohanan tahunan Valve itu di Seattle, Amerika Syarikat.

Hasil wang jualan Battle Pass akan diambil hanya 25% dari jualan keseluruhan dan lagi 75% pergi ke poket Valve itu sendiri.

Itu tidak termasuk lagi hasil jualan tiket di Key Arena , pengiklanan dan juga tajaan lain untuk kejohanan tersebut.

Sumber