[Dota 2] Arc Warden Sekarang Boleh Dipilih Dalam Mod Kapten

Apabila Arc Warden diperkenalkan ke dalam Dota 2 dalam patch 6.86, terdapat kebimbangan dalam komuniti diamana jika hero ini dapat memberikan impak yang besar di tangan yang betul.

Secara ironik patch 6.86 dipanggil balance of power, Arc Warden menjadi satu hero rat yang lebih baik berbanding Nature's Prophet disebabkan skill Tempest Double.

Anda hanya perlu farm item tertentu dan hanya menghantar illusion anda bekerja.

https://youtu.be/VMs3idNJKag

Sejak daripada pengenalannya, bermula patch 7.00 yang dimana hero ini mula menerima nerf bagi mengurangkan kemampuannya di dalam permainan.

Namun sejak kebelakangan ini, patch tree Arc Warden memberikan sedikit buff kepada hero ini dan telah dipilih oleh OG dalam perlawanan menentang Team Empire.

Apa kualiti lain lagi untuk Arc Warden untuk pemain di luar sana yang ingin memilihnya? Mari kita lihat..

  • Vision: Spark Wraith yang berdurasi selama 50 saat merupakan satu alat penglihatan untuk pasukan yang diakui sangat berkesan dan berharga.

  • Farming: Walaupun penggunaan Hand Of Midas tidak lagi viable untuk Arc Warden (masa tidak reset untuk Tempest Double), anda masih lagi mendapat 220 gold lebih setelah HOM sedia digunakan.

  • Objective: Magnetic field ialah satu skill yang sangat berguna apabila mahu mengambil tower lawan.

  • High ground defense: Magnetic field juga boleh digunakan untuk struktrur bagi tujuan pertahanan. Ditambah dengan talent tree dan Glyph, agak memenatkan pihak lawan untuk memusnahkan tower anda.

  • Split push: Ini merupakan helah biasa untuk pemain Arc Warden gunakan untuk memberi tekanan kepada pihak lawan untuk balik mempertahankan base mereka.


Sumber