Doraemon: Story of Seasons Versi Bahasa Inggeris Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini

Beberapa minggu lalu, kami ada melaporkan mengenai penawaran permainan Doraemon: Story of Seasons untuk platform Nintendo Switch pada pertengahan tahun ini.

Namun, ia bakal dilancarkan dalam bahasa Jepun. Berita ini agak mengecewakan bagi pengguna yang tidak mahir berbahasa Jepun.

https://youtu.be/oa_13oxXc5k

Jangan risau, menurut laporan terkini, versi bahasa Inggeris bagi permainan tersebut akan dilancarkan pada musim bunga tahun ini untuk pasaran antarabangsa.

Permainan ini amat sesuai bagi mereka yang gemarkan simulasi pertanian dan pengembaraan seperti Harvest Moon dan Stardew Valley. Ia bakal dilancarkan di PC dan Nintendo Switch nanti.

 

Sumber: Crunchyroll