Domino's Akan Mula Menggunakan Khidmat Robot Untuk Menghantar Pizza

Rangkaian kedai pizza ternama, Domino's Pizza, dikhabarkan bakal menggunakan khidmat robot untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

Pada bulan Julai 2014, sebuah syarikat yang berpengkalan di London dikenali sebagai Starship Technologies telah mencipta robot penghantar pandu sendiri.

Syarikat tersebut yang diasaskan oleh dua bekas pengasas Skype iaitu;

  1. Ahti Heinla

  2. Janus Friis


Khidmat robot penghantar enam roda ini bakal bermula di bandar-bandar terpilih di dua buah negara;

  1. Jerman

  2. Belanda


Pesanan pelanggan yang berada dalam lingkungan 1 batu (~1.6KM) dari rangkaian kedai Domino's akan dihantar menggunakan robot tersebut.

Kenderaan automatik tersebut sudah menjalani ujian bertempat di Australia dan New Zealand pada tahun 2016 yang lepas.

Pada November yang lalu, syarikat itu turut menguji penghantaran pizza melalui dron di New Zealand.

Robot ciptaan Starship Technologies ini;

  • Dikuasakan oleh bateri

  • Hanya beroperasi di kawasan pejalan kaki (tidak pada jalanraya)

  • Kelajuan maksimum sehingga 6.5KM/j

  • Mampu membawa beban sehingga 9KG (8keping pizza, termasuk hidangan tambahan)


dominos-starship-4

Apa yang menarik ialah kargo yang membawa pizza tersebut dilindungi oleh kod yang akan dihantar ke telefon pelanggan.

Apabila robot itu sampai dirumah pelanggan, mereka hanya perlu memasukkan kod itu dan mengambilnya.

Sumber: Bloomberg