Dolphin Bakal Muncul Sebagai Fon Telinga 100% Kalis Air Dengan Pensijilan IP68

"Earphone, "Headphone" dan "Handsfree" bukanlah perkara asing. Ia sering digunakan untuk mendengar sebarang audio dengan lebih jelas atau untuk menjawab sebarang panggilan semasa memandu.

Kini Dolphin datang dengan inovasi terbaru yang mempunyai ciri dan fungsi yang lebih kurang sama dengan 3 aksesori di atas. Walaupun masih di peringkat konsep, ciri-ciri menarik yang ada pada fon telinga ini pasti berjaya menarik perhatian ramai.

Telefon pintar kalis air mungkin sudah terlalu biasa didengari pada hari ini, namun tidak bagi fon telinga atau fon kepala. Dolphin didakwa mempunyai pensijilan IP68 dan merupakan fon telinga yang 100% kalis air.

Maka anda tidak perlu risau, kerana dengan adanya fon telinga atau lebih tepat earbuds Dolphin ini, anda boleh mendengar lagu di mana sahaja walaupun sewaktu berenang atau bersenam.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Aksesori ini juga menyokong fungsi sentuhan, anda hanya perlu swipe ke atas atau ke bawah di sebelah kanan earbuds untuk menukar lagu, manakala sebelah kiri untuk mengawal kelantangan dan tekan sekali untuk menjawab panggilan.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Selain itu, Dolphin ini juga didatangkan dengan cangkuk yang membuatkan ia lebih selesa dan selamat di telinga. Maka pengguna tidak perlu risau untuk menggunakannya walaupun semasa melakukan aktiviti lasak.

Kapsyen: Kredit: Indiegogo


Dolphin boleh digunakan tanpa wayar, Bluetooh 5.0 dan aspek yang paling istimewa ialah pengecasan tanpa wayar yang hanya menggunakan kes aksesori itu sahaja. Aksesori ini tersedia dengan dua warna hitam dan putih.

 



Diharapkan agar projek ini akan menjadi kenyataan dan boleh didapati dengan mudah oleh pembeli di negara ini apabila dijual secara rasmi kelak.

 

Sumber: Indiegogo