Berdasarkan laporan Tecnoblog, Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra telah menerima kelulusan dari agensi pengawalseliaan Brazil, Anatel. Masing-masing mempunyai nama kod SM-G991B/DS, SM-G996B/DS, dan SM-G998B/DS.

Tidak banyak yang didedahkan melalui dokumentasi tersebut. Namun, ia mengesahkan kesemua model dalam siri Galaxy S21 akan dijual tanpa pengecas dalam kotak pembelian. Fon telinga juga tidak akan disertakan.
Dengan melakukannya, Samsung secara tidak langsung akan mengikut jejak langkah Apple yang tidak menyertakan pengecas dan fon telinga dalam kotak iPhone 12.
Ironinya, Samsung sebelum ini turut serta mengkritik Apple dengan memuatnaik imej yang jelas ditujukan kepada Apple. Namun, ianya bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan Samsung sememangnya mempunyai sejarah yang sama.
Terdahulu, Samsung mula mengikut langkah Apple apabila tidak menawarkan bicu audio pada Galaxy Note 10.
Dalam pada itu, laporan sebelum ini menyatakan Brazil sedang mempertimbangkan untuk memaksa Apple menjual iPhone dengan menyertakan pengecas di negara itu. Jika ini berlaku, Samsung juga mungkin perlu mengekalkan pengecas dalam kotak pembelian di Brazil.
Sumber: Tecnoblog via 9to5MacĀ
Berkaitan
- Pengguna Akan Menerima Notifikasi Bagi Kandungan Video TikTok Yang Dipadam
- Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah Bakal Terima Insentif e-Dompet RM20
- Elak Kad Pengenalan Disalah Guna, JPN Saran Untuk Lakukan Ini
- Vivo Lancar NEX Browser Dengan Fungsi Sekatan Iklan Dan Antaramuka Ringkas
- Malaysia Dijangka Sediakan Sehingga 4,000 Stesen Pengecas EV Tahun Ini - MITI
- Jualan Nintendo Switch Meningkat Lebih 2 Kali Ganda Pada Bulan Mac
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'Mute' Video
- WhatsApp Bakal Hadir Dengan Ciri 'Mute' Grup Secara Automatik
- Apple Naikkan Harga Jualan iPhone SE 2022 Untuk Pasaran Malaysia
- YouTube Bakal Lancar Pesaing Tiktok, 'Shorts' Akhir Tahun Ini