Doktor Rawat Pesakit Covid-19 Dari Jarak 700km Guna Rangkaian 5G

Angka korban disebabkan wabak Covid 19 sudah melepasi 2000 orang setakat hari ini. Dalam mengekang penularan wabak berkenaan, pelbagai teknologi digunakan seperti dron untuk memberi amaran supaya tidak keluar rumah kepada penduduk.

Selain itu, baru-baru ini ujian ultra bunyi turut dilakukan oleh doktor di Zhejiang keatas pesakit yang berada 700km di Wuhan. Ia dijalankan dengan sokongan rangkaian 5G yang mana ia dapat memastikan sambungan pantas, stabil serta rendah latensi.



Menurut People's Daily China, ujian tersebut menandakan penggunaan pertama teknologi 5G dalam rawatan wabak Covid-19. Melaluinya, doktor dari wilayah lain di China dapat membantu rawatan disamping dapat mengurangkan risiko jangkitan daripada merebak.

Terdahulu, China sedia menjalankan pembedahan jarak jauh dengan sokongan 5G dan merupakan pertama didunia melibatkan haiwan ujikaji. Ia disusuli dengan pembedahan otak jarak jauh juga menggunakan sambungan 5G yang memperlihatkan tiada masalah lengah pada video atau kelewatan kawalan alat bedah.