Ketua Pendakwa Raya, Jeff Sessions bersama-sama pembantunya telah mengumumkan China Initiatif yang bertujuan mengenalpasti kecurian yang dilakukan oleh organisasi dari China seterusnya memastikan tindakan sewajarnya dilakukan.
Pendakwaan dilakukan Stephen Chen yang sebelum ini menjadi Naib Presiden United Microelectronics Corporation (UMC) pada tahun 2015 telah mengambil beberapa rahsia syarikat dan bersetongkol dengan Fujian Jinhua Integrated Circuit (Jinhua) pada bulan Januari 2016. Dia kemudia telah dilantik menjadi Presiden Jinhua pada bulan Febuari tahun yang sama.
Chen dikatakan membawa hampir 900 fail Micron dan mencuri rahsia syarikat mengenai F32nm DRAM dari pelayan US dan menyimpannya di dalam akaun Google Drive miliknya.
Amerika Syarikat kini aktif dalam siasatan mengenai pencurian teknologi oleh warganegara asing di Amerika Syarikat dan Presiden Donald Trump berkata aktiviti-aktiviti ini patut dihentikan sama sekali.