DJI Tello Sudah Boleh Dibeli Secara Pra Tempah Pada Harga RM508

Awal tahun ini, DJI telah mengumumkan sebuah dron untuk pasaran mampu milik serta disasarkan untuk pengguna muda dan ia dibangunkan bersama dengan RyzeRobotics.

Kini, bagi peminat dron tempatan yang bercadang untuk memilikinya, pra tempahan DJI Tello sudah dimulakan di platform Lazada. Ia dijangka tiba dalam tempoh sebulan dari sekarang dan bersama-sama dengannya adalah waranti 1 tahun dari DJI Malaysia.



Ditawarkan pada harga RM508, Tello dilengkapi dengan kamera yang berkebolehan menghasilkan rakaman pada sudut 360 darjah, serta mempunyai sokongan penstriman secara langsung dari peranti mudah alih. Dron ini juga menyokong penstriman dari set kepada VR.

Dibangunkan dengan gabungan pemprosesan dari Intel dan penstabilan penerbangan dari DJI, ia menawarkan ciri menarik seperti, campak dan terbang, keupayaan untuk terabang terbalik pada sudut 360 darjah, 13 minit masa penerbangan, dan beberapa penawaran lain.

Beli DJI Tello secara pra tempah di Lazada