DJI Spark Sudah Mendarat Di Malaysia, Beli Secara Pra-Tempah

Hujung Mei yang lalu, kita telah mendengar perkhabaran bahawa dron DJI Spark (klik sini) akan ditawarkan di pasaran tempatan.

Berita gembira buat anda semua yang bercita-cita untuk memiliki DJI Spark kerana ia sudah mula ditawarkan pembeliannya secara pra-tempah.

DirectD, syarikat penjual peranti terkenal di Malaysia telah pun membuka jualan pra-tempah untuk dron bersaiz keci tersebut dan ia dijual pada harga RM2,288.

Spark mempunyai beberapa variasi warna pilihan, tetapi nampaknya hanya warna putih sahaja yang ditawarkan pada pra-tempah berkenaan.



Berikut merupakan spesifikasi ringkas DJI Spark:

  • Bersaiz kompak dan berat dalam lingkungan 300g

  • rakaman pada resolusi 1080p pada kadar 30fps

  • Penstabilan dua paksi gimbal

  • Boleh dikawal menerusi gerakan tangan

  • Kelajuan hampir 50 km/j


 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=a_KVQAcMZc4[/embed]
Beli DJI Spark secara pra-tempah di DirectD

Sumber: DirectD via SoyaCincau