DJI Pocket 2 Dilancarkan Dengan Sensor Dan Audio Lebih Baik - Pra-Tempah Pada Harga Bermula RM1,549

DJI Osmo Pocket merupakan gimbal bersaiz mini dari DJI. Kini, DJI telah memperkenalkan model generasi kedua gimbal tersebut iaitu DJI Pocket 2.

https://youtu.be/JLjpHnJSpt4

Saiznya masih lagi kompak sama seperti Osmo Pocket 2, namun kini hadir dengan sensor dan juga audio lebih baik.

Dari segi spesifikasi, DJI Pocket 2 hadir dengan sensor 64MP 1/17" lebih besar dengan mod gambar 64MP ataupun 16MP. Selain itu, autofokus juga lebih dikemaskini dan lebih pantas.



Untuk video, DJI Pocket 2 boleh merakam sehingga 4K 60fps, gerak perlahan 8x pada 1080p serta rakaman format HDR. Terdapat juga 4 mikrofon disertakan yang menyokong zum audio ketika mengezum gambar.



Antara ciri lain adalah mod pro, ActiveTrack 3.0 untuk menjejak subjek dan memastikannya berada di tengah, timelaps, hyperlapse, panorama, penstriman ke Facebook, YouTube, dan mod Story.

Di Malaysia, DJI Pocket 2 boleh dipra-tempah pada harga bermula RM1,549 untuk versi asas. Terdapat juga Creator Combo yang hadir dengan beberapa akesori tambahan dengan harga RM2,169.



Pra-tempah untuk DJI Pocket 2 di Malaysia bermula hari ini dan dijangka dapat pada 1 November 2020.