Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dji pocket 2

DJI Pocket 2 Dilancarkan Dengan Sensor Dan Audio Lebih Baik – Pra-Tempah Pada Harga Bermula RM1,549

Diterbitkan Oktober 21, 2020 oleh Meor Hasyim

DJI Osmo Pocket merupakan gimbal bersaiz mini dari DJI. Kini, DJI telah memperkenalkan model generasi kedua gimbal tersebut iaitu DJI Pocket 2.

Saiznya masih lagi kompak sama seperti Osmo Pocket 2, namun kini hadir dengan sensor dan juga audio lebih baik.

Dari segi spesifikasi, DJI Pocket 2 hadir dengan sensor 64MP 1/17″ lebih besar dengan mod gambar 64MP ataupun 16MP. Selain itu, autofokus juga lebih dikemaskini dan lebih pantas.

dji pocket 2

Untuk video, DJI Pocket 2 boleh merakam sehingga 4K 60fps, gerak perlahan 8x pada 1080p serta rakaman format HDR. Terdapat juga 4 mikrofon disertakan yang menyokong zum audio ketika mengezum gambar.

dji pocket 2

Antara ciri lain adalah mod pro, ActiveTrack 3.0 untuk menjejak subjek dan memastikannya berada di tengah, timelaps, hyperlapse, panorama, penstriman ke Facebook, YouTube, dan mod Story.

Di Malaysia, DJI Pocket 2 boleh dipra-tempah pada harga bermula RM1,549 untuk versi asas. Terdapat juga Creator Combo yang hadir dengan beberapa akesori tambahan dengan harga RM2,169.

dji pocket 2

Pra-tempah untuk DJI Pocket 2 di Malaysia bermula hari ini dan dijangka dapat pada 1 November 2020.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY