DJI Osmo Mobile 2 Bakal Dipasarkan Dalam Negara Tidak Lama Lagi, Berharga RM588

DJI bukan sahaja terkenal dengan dron tetapi turut mengeluarkan produk lain seperti alat penstabilan peranti rakaman atau lebih dikenali sebagai gimbal.

Dua tahun sudah gimbal DJI Osmo Mobile diperkenalkan, akan tetapi harganya yang agak mahal sedikit menggusarkan peminat.

Namun awal bulan ini di acara CES 2018, DJI hadir dengan dua rekaan gimbal, DJI Osmo Mobile 2 dan DJI Ronin S yang masing-masing disasarkan kepada pengguna telefon pintar serta kamera DSLR.

Perkhabaran terbaru mengatakan, DJI Osmo Mobile 2 bakal membuat penampilan untuk pasaran tempatan sekitar Februari dan penjualan bermula bulan Mac.

Dijual pada nilai RM588, pendedahan harga gimbal ini dibuat ketika taklimat media berkenaan promosi bersama antara DJI dan Honor yang melibatkan produk seperti Honor View 10, DJI Spark Fly dan juga DJI Osmo Mobile 2.

Tarikh penawaran promosi masih belum dapat dipastikan lagi tetapi diyakini diantara Februari dan Mac kelak.



Sumber: Lowyat.net