DJI Muncul Lagi Dengan Drone Phantom 4 Pro Dan Inspire 2 Yang Lebih Hebat

Walaupun DJI sudahpun mendominasi pasaran drone premium yang berkuasa tinggi ketika ini dengan Mavic Pro, dan insiden GoPro Karma yang menyebabkan drone itu ditarik semula dari pasaran, DJI masih melancarkan dua buah drone baru iaitu Phantom 4 Pro dan Inspire 2. Dengan pelancaran dua buah drone baru yang sangat power ini, penerbit filem di serata dunia akan terliur kagum melihat keupayaan drone dari DJI ini.

"Pembuat filem dan juru gambar profesional semestinya mahukan sesuatu yang luar biasa untuk menyerlah, dan DJI adalah jawapannya" Kata CEO DJI Frank Wang. "Peranti drone baru kami ini mempunyai penstabilan kamera yang hebat, ianya lebih bijak, laju, dan lebih berkuasa" tambahnya lagi.

DJI Phantom 4 Pro

phantom4pro

DJI mendakwa Phantom 4 Pro adalah drone kamera yang paling bijak dan kreatif di dalam liganya yang tersendiri. DJI berkata mereka menambah beberapa fungsi keselamatan seperti sensor yang berupaya mengurangkan insiden, kamera yang lebih canggih dan kapasiti bateri yang lebih berbanding Phantom 4.

Phantom 4 Pro ini juga ditambah dengan sepasang sensor stereoscopik di bahagian belakang drone (hanya satu sensor di bahagian depan Phantom 4 dan sensor IR di kedua-dua belah sisi. Ianya juga dimuatkan dengan bateri yang mampu bertahan selama 30 minit penerbangan. Kelajuan maksimum drone ini adalah 72km/h.

Dari segi spesifikasi kamera, Phantom 4 Pro ini dibekalkan dengan kamera yang lebih mantap jika dibandingkan dengan Mavic Pro. Mavic Pro dilengkapi dengan 1/2.3 inci sensor CMOS bersama 12.3-Megapixel yang mampu mengambil gambar dan video dengan sokongan 4K . Berbeza dengan Phantom 4 Pro ini yang menampilkan sensor CMOS sebesar 1 inci penuh

 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=ZVNO-fib6fg[/embed]

Kamera yang digunakan pada Phantom 4 Pro ini dilengkapi dengan sensor 20-Megapixel bersama paparan berukuran 1 inci. Ianya mempunyai sokongan 4K bersama 60fps dan bitrate pada kadar 100mbps dan aperture f/2.8. Yang menarik tentang drone ini, anda boleh set kelajuan yang anda mahukan dan drone ini mampu terbang secara automatik mengikut kelajuan yang telah ditetapkan menggunakan 'P-Mode'. Dari segi spesifikasi kamera, Phantom 4 Pro ini dibekalkan dengan kamera yang lebih mantap jika dibandingkan dengan Mavic Pro. Mavic Pro dilengkapi dengan 1/2.3 inci sensor CMOS bersama 12.3-Megapixel yang mampu mengambil gambar dan video dengan sokongan 4K . Berbeza dengan Phantom 4 Pro ini yang menampilkan sensor CMOS sebesar 1 inci penuh

chase-edit-6-640x3602x

Selain daripada tambahan fungsi baru, DJI juga mengetengahkan alat kawalan jauh yang baru untuk model Phantom 4 Pro ini. Alat kawalan jauh ini mempunyai GPS, kompas, slot kad MicroSD dan port HDMI. Ianya juga datang dengan pilihan 'high luminance display' iaitu alat kawalan jauh yang mempunyai fungsi paparan rakaman video yang lebih nyata dan memberikan data telemetry walaupun berada di bawah sinaran matahari yang terik.

Antara fungsi menarik yang dikekalkan adalah seperti mode Active Track dimana drone ini berupaya untuk mengekori sesebuah target atau objek seperti pelari, kereta dan lain-lain. Tiga ciri baru yang ditawarkan Active Track adalah pergerakan 'circle', 'spotlight' dan 'profile'.

Harga untuk drone ini di pasaran US adalah seperti berikut

Phantom 4 Pro bersama alat kawalan jauh: $1,499.00

Phantom 4 Pro bersama alat kawalan jauh dengan paparan 'high luminance ': $1,799.00

DJI Inspire 2

dji-inspire-2-1-1024x576

Drone Inspire 2 dari DJI ini mempunyai penambahan kelajuan iaitu 107 km/h! dengan kadar pecutan mencecah 80km/h dalam masa 4 saat. Yang paling menarik tentang penambahan kuasa untuk model terbaru ini adalah kadar pendakian sebanyak 7 m/s. Tidak dapat disangkal lagi drone ini lebih menumpukan kepada kelajuan dan kuasa yang besar.

Selain daripada itu, drone Inspire 2 ini memuatkan rekaan dua bateri yang mampu memberi sokongan selama 27 minit pnerbangan. Satu sensor diletakkan dibahagian atas drone untuk mengelakkan kemalangan. Dari segi kamera pula, ianya dilengkapi dengan sensor 20-Megapixel Zenmuse X4S untuk mengambil video 5.2K pada kadar 30fps dan setinggi 4.2 Gbps dan ianya disimpan ke dalam SSD.

Drone Inspire 2 ini sahaja akan berharga mencecah $3,000 tanpa aksesori seperti kamera Zemnuse X5s dan lesen CinemaDNG and Apple ProRes yang akan berharga $6,200 secara total.

 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=XBHuftMcmis[/embed]

 

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=IDInmfxFM5s[/embed]

 

 

 

Berkaitan