Challenge Accepted.
Pada Khamis lalu, DJI telah pun secara rasminya mengumumkan model terbaru gimbal khusus untuk kamera 'mirrorless'.
Gimbal yang hanya seberat 1.1kg ini dipanggil sebagai Ronin-SC. Ronin-SC adalah gimbal yang lebih ringan dan lebih padat dengan ciri-ciri baru berbanding model Ronin-S.
Motor pada Ronin-SC juga mampu menampung berat kamera sehingga 2kg dan bateri terbina dalamnya dengan ciri bateri pintar membolehkan pengguna mengoperasikan gimbal tersebut sehingga 11 jam.
Antara ciri terbaru yang ada pada Ronin-SC adalah mod 'sport' di mana apabila ia diaktifkan, gimbal tersebut akan mengikuti pergerakan jurukamera dengan lebih pantas dan cekap yang amat membantu bagi merakam pergerakan yang pantas.
https://www.youtube.com/watch?v=YClxvIailKw
Ronin-SC boleh dipadankan bersama kamera Sony, Nikon, Canon, Panasonic dan Fujifilm. Manakala senarai penuh model-model kamera dari jenama-jenama tersebut yang menyokong Ronin-SC pula boleh didapati di laman DJI.
Terdapat 2 pakej ditawarkan pada Ronin-SC iaitu Ronin-SC Standard yang berharga USD439 (RM1,490.00) dan Ronin-SC Pro Combo berharga USD539 (RM1,990.00). Versi kombonya itu dilengkapi dengan alat kawalan focus wheel beserta external focus motor dan juga Remote Start Stop (RSS) Splitter.
Untuk info lanjut, sila layari laman DJI.com.
Berkaitan
- FeiyuTech Hadir Dengan 2 Model Gimbal Terbaru Di CES 2020
- Isu Keselamatan Menjadi Punca Tentera Amerika Tidak Lagi Menggunakan Dron DJI
- DJI Perkenalkan Peranti Gogel FPV Dengan Sistem Digital
- DJI Avata 2 Jadikan Anda Pilot Dron 'Profesional' Pada Harga RM1,999
- DJI Lancar Dron Terbaru, Air 3 Mampu Diterbangkan Selama 46 Minit
- Dron DJI Mini 3 Pro Dilancarkan, Mampu Diterbangkan Selama Lebih Daripada 40 Minit
- Insta360 Lancar Pengimbal Dengan Teknologi AI Termaju Di Dunia
- DJI Osmo Pocket 3 Dengan Skrin Sentuh OLED Boleh Putar, Harga Dari RM2,299
- ZHIYUN Tech Perkenalkan Model Terbaru Gimbal ZHIYUN Smooth-Q2
- DJI Dan vivo Malaysia Menjemput Anda Sertai Peraduan Fotografi Merdeka