DJI Mavic Mini Terbang Masuk Pasaran Malaysia Pada Harga RM1599 Dan RM1999

Diperkenalkan pertama kali pada akhir bulan Oktober lalu, DJI Mavic Mini kini sudah terbang masuk ke dalam pasaran Malaysia hari ini.



Hadir dengan saiz kompak seberat 249g, ia mempunya reka bentuk yang boleh dilipat menjadikannya lebih mudah dibawa kemana sahaja. Bagi fungsi rakaman, Mavic Mini diberikan sensor kamera 1/2.3 inci dengan sokongan rakaman 2.7k pada 30fps sementara 1080p pada 60fps dan rakaman foto 12MP.

 



Jarak penerbangan maksimum dron ini mampu mencecah 4km dengan tempoh operasi pula sekitar 30 minit. Dibekalkan dengan sejumlah ciri menarik, Mavic Mini dikatakan boleh dikendalikan dengan mudah oleh sesiapa sahaja tanpa mengira pengalaman.



Jualan di Malaysia bakal bermula pada akhir November ini dan harga pasarannya diletakkan pada paras RM1599 yang diiringi dengan 1 unit dron, 1 unit alat kawalan, 1 unit bateri, 1 set bilah kipas tambahan dan 1 set perkakasan lain seperti kabel.



Terdapat juga penawaran yang lebih baik dijual pada harga RM1999 iaitu Fly More Combo.



Ia menyediakan 3 unit bateri, 3 set bilah kipas beserta bekas, hub pengecasan dua hala dan sebuah beg simpanan untuk kesemua perkakasan diatas.