DJI Mavic Air 2 Dilancarkan - Kualiti Kamera Lebih Baik Serta Bateri Tahan Lebih Lama

Mavic Air yang pertama telah diumumkan oleh DJI pada tahun 2018. Ia merupakan siri dron dari DJI yang memfokuskan kepada saiz kompak, ringan dan boleh dilipat. Hari ini, model tersebut telah dikemaskini dengan spesifikasi yang lebih terkini dinamakan Mavic Air 2.

https://www.youtube.com/watch?v=IwoyGb-NWDs

Rekaan


Dari segi rekaan, DJI Mavic Air 2 kali ini sedikit lebih berat pada 570 gram. Jika dilipat sepenuhnya, dimensi keseluruhan adalah lebih besar berbanding Mavic Air. Namun peningkatan saiz dan berat adalah diperlukan kerana kali ini bateri yang dimuatkan adalah lebih besar.

  • Mavic Air - 168 x 83 x 49 mm (Dilipat)

  • Mavic Air 2 - 180 x 97 x 84 mm (Dilipat)

  • Mavic Air - 430g

  • Mavic Air 2 - 570g


Kamera


Perbezaan besar lain adalah datangnya dari kamera yang digunakan. Mavic Air 2 mempunyai sensor kamera lebih besar dan juga 48MP yang lebih tinggi.

DJI Mavic Air 2 review: Major upgrade with 48mp/4K60 cam is more ...

Pengguna boleh memilih untuk menghasilkan gambar 48MP, namun secara tetapan lalai DJI menggunakan teknologi seumpama peranti pintar 'pixel binning'. Ia menggabungkan 4 pixel kepada 1 pixel besar menjadikan keseluruhannya 12 MP.

Terdapat juga peningkatan kemampuan lain seperti keupayaan merekod 4K pada 60fps serta rakaman gerak perlahan 1080p pada 240fps.

  • Mavic Air - Sensor CMOS 12MP 1/2.3"

  • Mavic Air 2 - Sensor CMOS48MP 1/2"

  • Mavic Air - 4K 30fps, 1080p 120fps

  • Mavic Air 2 - 4K 60fps, 1080p 240fps


Teknologi


Kedua-dua dron mempunyai sensor untuk mengelak halangan pada bahagian hadapan dan belakang. Namun pada Mavic Air 2, ia mempunyai sensor depth yang lebih tepat dalam mengesan jarak terbang dari tanah.

Mavic Air 2 juga mempunyai sistem APAS 3.0. Dengan ini, dron boleh mengubah laluan secara automatik dan terbang di sebalik halangan.

Bateri dan Prestasi


Bateri Mavic Air 2 adalah jauh lebih besar berbanding Mavic Air. Ia kini dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,500mAh berbanding 2,375mAh pada Mavic Air pertama.

This is the DJI Mavic Air 2 and its alleged specs | SoyaCincau.com

Jika dilihat dari prestasi penerbangan, Mavic Air 2 mampu terbang selama 34 minit. Ia merupakan peningkatan besar berbanding Mavic Air yang hanya mampu terbang selama 21 minit sahaja.

Walau bagaimanapun kedua-dua model dron mempunyai kelajuan yang sama iaitu sekitar 68KM/h.

  • Mavic Air - 2,375mAh

  • Mavic Air 2 - 3,500mAh

  • Mavic Air - Penerbangan 21 minit

  • Mavic Air 2 - Penerbangan 34 minit

  • Kelajuan  - 68.4KM/h (Kedua-duanya)


Harga Jualan


Walaupun dengan peningkatan spesifikasi serta keupayaan kamera yang lebih baik, Mavic Air 2 terbaharu ini dijual pada harga yang sama dengan Mavic Air ketika pelancarannya.



Di AS, ia dipasarkan pada harga $799 (~RM3,492) dalam satu pilihan warna sahaja iaitu kelabu.

Sumber: DJI

Berkaitan