DJI FPV Dilancarkan, Drone Yang Lebih Tangkas Dan Laju

DJI FPV yang baru sahaja dilancarkan ini merupakan sebuah drone yang lebih tangkas dan laju bagi jenama popular ini.



Drone ini mirip drone perlumbaan kerana ia mampu bergerak sehingga 140km/j. Hadir dengan tiga mod iaitu:

  • Normal - Untuk yang baru berjinak dengan drone atau masih amatur

  • Manual - Untuk kawalan drone sepenuhnya dengan semua sensor dan hovering dimatikan

  • Sports - Gabungan mod normal dan manual, kawalan sepenuhnya tapi ciri keselamatan masih aktif


Selain itu, ia turut hadir dengan brek kecemasan dan mempunyai ciri patah balik secara automatik ke tempat bermula penerbangan sekiranya terputus hubungan dengan alat kawalan.



Menariknya pada drone ini, ia memberikan kawalan yang dapat dilihat menerusi DJI FPV Goggles V2 dimana mampu memberikan rakaman sehingga jarak 10km.

https://www.youtube.com/watch?v=VEbxUOcp76U

Di samping itu, DJI FPV dilengkapi gimbal terbina dan mampu merakam video pada 4K/60fps atau gerak perlahan 1080p/120FPS.

DJI FPV ini dijual dalam set kombo berharga $1299 (~RM5264) dimana termasuk alat kawalan, gogal, kabel dan bateri.

Sumber: dji