DJI Air 2S merupakan dron pertama ukurannya dengan kemampuan menangkap gambar 20-megapiksel dalam resolusi 5.4K pada 30fps dengan sensor satu inci.
Untuk rakaman video lancar beserta kualiti tahap profesional, ia juga dilengkapi gimbal mekanikal tiga paksi dengan storan dalaman sebesar 8GB.
Menariknya, dron ini mempunyai ciri baharu MasterShots yang mengatur perjalanan dron secara automatik semasa merakam video. Mod Hyperlight pula memberi kebolehan rakaman lebih jelas pada waktu malam.
Dengan kapasiti bateri sebanyak 3500 mAh, waktu penerbagan boleh mencapai 31 minit dengan jarak maksimum 12km.
Harga DJI Air 2S bermula pada RM4,499 untuk kombo standard merangkumi alat kawalan jauh, dan satu bateri. Manakala kombo Fly More pula berharga RM5,799 dengan tambahan 2 bateri, penapis ND, hab pengecasan, dan beg sandang.
Kepada yang berminat, boleh dapatkannya di Lazada - https://invol.co/cl3k4of
Berkaitan
- DJI dan Hasselblad Baru Mengeluarkan Dron Kamera Yang Powerful
- Video 'Slaughterbots' Yang Menakutkan Menunjukkan Bahaya Drone Pembunuh
- DxO Menguji Sensor Kamera Dron DJI, GoPro.
- DJI Ada Dron Boleh Rakam Video Lebih Tinggi Dari Resolusi 4K
- Ikuti Langkah Ini Untuk Menang DJI Pocket 2 Sunset White (RM1939)
- DJI Mavic 2 Tertiris Dengan 2 Model Pro & Zoom