Peranti Ini Menerima Markah A+ Dari DisplayMate, Tonton Dengan Kepuasan Maksimum

Pada 2017, Netflix ada mengeluarkan laporan yang menyenaraikan penonton Malaysia ditangga teratas dirantau Asia yang gemar menonton sesuatu siri TV secara "marathon" atau Binge-Watching.

Golongan penonton ini digelar sebagai Binge Racer dan menurut Netflix, tabiat tersebut sudah berkembang dari 200,000 penonton pada 2013 hingga lebih 5 juta penonton pada tahun 2017. Sudah pasti angka ini bakal bertambah dari tahun ke tahun, sama ada ditonton di TV mahupun peranti mudah alih.



Ini baru Netflix, belum lagi platform-platform yang lain. Ia sedikit sebanyak memberikan gambaran yang mana pengguna tempatan sangat gemar menonton kandungan berbentuk video, lebih-lebih lagi dengan kemudahan peranti mudah alih seperti telefon pintar.

Semua sudah maklum telefon pintar sedia ada sudah dilengkapi dengan ciri-ciri yang terbaik, bukan sahaja dari segi kelancaran operasi bahkan kualiti paparan juga dititik beratkan.

Salah satu contoh adalah keluaran Samsung iaitu siri Galaxy S10 yang dilengkapi dengan teknologi paparan Dynamic AMOLED. Menariknya, DisplayMate telah mengiktiraf skrin paparan Galaxy S10 sebagai yang terbaik untuk telefon pintar dengan markah A+.

Infinity-O, rekaan terbaru untuk diisi dengan kamera selfie

Siri terbaru dari Samsung kini menggunapakai panel paparan Infinity-O. Ia menghadirkan bulatan pada bucu kanan atas, cukup-cukup untuk menempatkan lensa kamera swafoto.

Mungkin ada yang terganggu, tetapi ada juga yang lebih menyukainya berbanding takuk yang membelah skrin pada bahagian atas tengah.

Cut-out yang disebut sesetengah pengguna sebagai punch hole itu, dilihat lebih kemas berbanding beberapa model lain yang mempunyai rekaan skrin seperti itu.



DisplayMate: "Paparan Galaxy S10 adalah paparan warna paling tepat pernah kami uji"



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh DisplayMate, Samsung telah menambahbaik paparan untuk keluaran baru mereka ini dari segi kualiti gambar, kontra yang lebih tinggi dan juga ketepatan warna.



Menerusi ujian yang dilakukan, tahap kecerahannya mencapai 1215 nits, 17% lebih terang dari generasi terdahulu.

Samsung menyatakan, paparan ini menawarkan gamut warna yang mencecah 100% ruang warna DCI-P3. Bahasa mudahny, ia menawarkan penghasilan warna semulajadi yang sempurna bagi kandungan berkualiti tinggi seperti filem.



Dynamic AMOLED pada siri Galaxy S10 merupakan paparan pertama yang menyokong HDR10+. Ia mempunyai saluran metadata dinamik yang mana akan digunakan untuk menyesuaikan kecerahan berdasarkan adegan-ke-adegan atau bingkai-ke-bingkai dengan lebih tepat.

Berita baik juga, siri Samsung Galaxy S10 juga sudah tersenarai dalam sokongan peranti HDR di Netflix.

Kapsyen: Cahaya biru 42% lebih rendah dari skrin sebelumnya


Antara sebab model ini sesuai dijadikan peneman anda yang terlalu gemar menonton video adalah ciri perlindungan cahaya biru.

Skrin paparan dari siri ini, mampu mengurangkan jumlah cahaya biru berbahaya yang dipancarkan dari skrin dan dalam masa yang sama, mengekalkan tona warna asal imej mahupun video.

Galaxy S10 boleh jadi peneman terbaik anda ketika menonton rancangan TV dan filem kegemaran anda.

Keghairahan menonton rancangan TV atau filem yang diminati pasti boleh ditingkatkan dengan kehadiran paparan yang baik.



Bukan sekadar menghidangkan paparan yang baik, anda boleh selami diri dalam bunyi dari AKG melalui pembesar suara stereo pada Galaxy 10.



Nikmati tiga dimensi, audio Dolby Atmos yang dipertingkatkan dengan kejelasan dan juga kelantangan yang lebih kuat serta memberikan pengalaman mendengar muzik dan menonton video yang baik.



Menariknya lagi, Samsung ada menyertakan fon telinga AKG dari dalam kotak untuk setiap pemilik siri Galaxy S10. Jadi, bersediakah anda untuk berdamping dengan salah satu siri Galaxy S10 dalam menikmati keseronokkan menonton filem? Bagi berminat boleh usha-usha dulu peranti ini di Samsung Online Store untuk membeli salah satu dari tiga model yang ditawarkan atau terus ke pengedar sah Samsung seluruh negara.