Disneyland Sedang Mengadakan Uji Bakat Stormtroopers

Jika anda peminat kipas susah mati filem 'Star Wars', sedang mencari pekerjaan, apa kata anda hadir ke uji bakat Disneyland untuk menjadi salah seorang Stormtroopers.


Taman tema Disneyland kini sedang mengadakan uji bakat kepada para peminat filem 'Star Wars' di mana mereka inginkan anda memegang watak askar Stromtroopers.

Ia bersempena dengan pembukaan ruang taman tema baru "Star Wars: Galaxy's Edge," di Disneyland California yang dirancang akan mula dibuka kepada pengunjung pada 31 Mei ini nanti.

Deskripsi syarat bagi watak itu memerlukan anda mestilah mempunyai ketinggian antara 5'10" dan 6 kaki tinggi serta mampu menghidupkan watak tersebut dengan menarik.

Uji bakat ini akan diadakan di Onstage Dance Center, Downey, California, U.S dari jam 9:30 pagi bagi sesi pagi dan dari 2.00 petang bagi sesi tengahari.

Atau jika anda inginkan watak-watak lain seperti karektor-karektor popular yang kini telah dimiliki Disney, bolehlah layari laman DisneyCareers.com

Berkaitan dengan filem terbaru "Star Wars: The Rise of Skywalker" pula, ia dijangka akan mula ditayangkan di seluruh dunia dalam bulan Disember tahun ini. Ia merupakan filem ke-9 Star Wars dan juga yang terakhir yang akan menjadi penutup kepada saga filem epik tersebut.

Sumber: abc7.com