Disney Di Laporkan Ingin Membida Twitter






Desas-desus Twitter diambil alih oleh syarikat lain semakin rancak kedengaran. Terbaru, diberitakan Walt Disney Co. sedang berusaha bersama penasihat kewangan mereka untuk menilai harga bidaan untuk platform media sosial yang bergelut dengan masalah itu.





Walaubagaimanapun, wakil kedua-dua belah pihak enggan memberikan apa-apa komen tentang perkara ini. Spekulasi mengenai Twitter bakal di jual sudah bermula beberapa bulan yang lalu, dan minggu lepas timbul berita Salesforce yang berminat untuk mengambil-alih Twitter.





Disney yang juga pemilik ABC dan ESPN dilihat ingin menambah saluran hiburan atas talian yang baru dengan pembelian Twitter ini. Tapi umum sudah mengetahui kebarangkalian untuk Disney berjaya mengambil alih Twitter adalah sangat tipis. Berkemungkinan besar syarikat lain  yang berasaskan teknologi mampu memulihkan serta menarik perhatian orang ramai untuk menggunakan Twitter.



Sumber: Digital Trends