Para penggemar filem popular Star Wars
pasti sangat teruja dengan berita ini. Disney di percayai sudah mematenkan
lakaran reka bentuk serta teknologi yang bakal digunakan untuk membina light
saber sebenar.
Lakaran menunjukkan drone digunakan untuk
memancar sinaran cahaya dan replika light saber digunakan untuk memantulkan
semula cahaya kepada mesin terbang itu.
Fail teknologi itu dipatenkan pada 2015,
setahun selepas Disney mengumumkan tentang pembukaan taman tema Star Wars Land.
Taman tema yang berkeluasan 14 ekar itu sedang dalam proses pembinaan dan
terletak di Hollywood Studio Florida.
Pengunjung difahamkan akan berjalan masuk
ke dalam sebuah teater yang dipenuhi wap air, cecair nitrogen seperti kabus
untuk menjadikan sinaran laser menjadi lebih terang. Mereka akan diberikan
replika light saber yang mengeluarkan sinaran infra
merah. Apabila sinaran infra merah itu bersilang dengan cahaya yang dipancar
oleh drone, sinaran laser akan tercipta. Replika tersebut juga dikatakan akan
bergetar untuk memberi kesan yang lebih baik kepada pengunjung.
Menurut jurucakap Disney: “kami berterusan
mencipta dan memfailkan beratus paten yang mungkin atau tidak mungkin diguna
pakai dalam bisnes ini.” “Tidak ada apa yang bakal diumumkan buat masa
sekarang”, tambahnya lagi.
Berkaitan
- Huawei P30 Pro, Mate 20 Pro Dan 4 Model Lain Turun Harga
- Vivo V7 Kini Berharga RM1199, Potongan Harga Sempena Jualan 12.12
- EA Sah Keluarkan FIFA 18 Untuk Nintendo Switch
- Instagram Muncul Dengan Ciri Zoom
- Pilihan Paparan 120Hz Tersembunyi Didalam Kemaskini Galaxy Note 9
- Tonton Perlawanan EPL Pada Harga Bermula RM7.90 Di Sooka
- #MWC2019 - HTC 5G Hub, Mampu Sambungkan 20 Peranti Untuk Rangkaian 5G
- Pelan Jalur Lebar 100Mbps Dibawah Paras RM150 Diperkenalkan ViewQwest
- Spesifikasi Honor Play 8 Mula Terlihat Di TENAA
- Program #EveryonCanSell Bantu Peniaga Menjual Secara Dalam Talian Di Lazada